Wifi Hotspots (JBA2014)

08:29

Tanggal 1 April 2015 pihak unit ICT SK Bukit Kenangan telah menaik taraf penggunaan internet sekolah kepada sistem Captive Portal . Sistem ini memerlukan pengguna memasukkan id dan kata laluan dahulu sebelum dibenarkan menggunakan internet . Ini selaras dengan cara untuk membendung masalah penggunaan internet yang salah atau hijacking wifi. Jika anda sebagai tetamu ingin menggunakan internet di SK Bukit Kenangan, bolehlah memohon kata laluan di pejabat sekolah dari pukul 7.30pg sehingga 5ptg. Terima Kasih.

Carian ID VLE Guru

08:27

::MAKLUMAN::
Kepada semua guru , jika anda terlupa ID dan juga Kata Laluan VLE boleh la mendapatkan ID dan Kata Laluan di laman web sekolah di tab VLE , pilihan guru . Terima Kasih
UNIT ICT SK BUKIT KENANGAN(25/03/2015)

Statistik Internet Mac

08:25

Gambar diatas menunjukkan penggunaan internet selama sebulan di SK Bukit Kenangan . Statistik penggunaan ini adalah bagi bulan MAC. Nampaknya penggunaan internet di SK Bukit Kenangan dalam keadaan baik . Warga SKBK menggunakan dengan proaktif. Terima Kasih dari kami UNIT ICT SK Bukit Kenangan

LDP : PLC & Pembelajaran Abad Ke 21

08:21

Pada 1 Januari 2015 telah diadakan LDP Profesional Learning Community (PLC) dan juga sedikit pembelajaran abad ke 21 . Semua guru telah terlibat secara langsung dan program ini telah berjalan dengan lancar . LDP ini telah diadakan di Dewan Gemilang sehingga pukul 11.00 pagi . Berikut merupakan gambar sewaktu LDP ini berlangsung .





Tempahan Makmal 2015

08:19



Untuk makluman semua staff dan juga guru SK Bukit Kenangan , bermula 1 Januari 2015 jika anda ingin menggunakan makmal komputer , sila pastikan anda mendaftar tampahan makmal terlebih dahulu sebelum menggunakan makmal . Jika anda tidak mendaftar di website tempahan makmal , anda tidak dibenarkan menggunakan makmal komputer . Ini adalah satu cara untuk kita mengguna pakai makmal dengan lebih baik . Terima Kasih

Post Terbaru | Popular