Tanggal 1 April 2015 pihak unit ICT SK Bukit Kenangan telah menaik taraf
penggunaan internet sekolah kepada sistem Captive Portal . Sistem ini
memerlukan pengguna memasukkan id dan kata laluan dahulu sebelum
dibenarkan menggunakan internet . Ini selaras dengan cara untuk
membendung masalah penggunaan internet yang salah atau hijacking wifi.
Jika anda sebagai tetamu ingin menggunakan internet di SK Bukit
Kenangan, bolehlah memohon kata laluan di pejabat sekolah dari pukul
7.30pg sehingga 5ptg. Terima Kasih.
::MAKLUMAN::
Kepada semua guru , jika anda terlupa ID
dan juga Kata Laluan VLE boleh la mendapatkan ID dan Kata Laluan di
laman web sekolah di tab VLE , pilihan guru . Terima Kasih
UNIT ICT SK BUKIT KENANGAN(25/03/2015)
Gambar diatas menunjukkan penggunaan internet selama sebulan di SK Bukit
Kenangan . Statistik penggunaan ini adalah bagi bulan MAC. Nampaknya
penggunaan internet di SK Bukit Kenangan dalam keadaan baik . Warga SKBK
menggunakan dengan proaktif. Terima Kasih dari kami UNIT ICT SK Bukit
Kenangan
Pada 1 Januari 2015 telah diadakan LDP Profesional Learning Community
(PLC) dan juga sedikit pembelajaran abad ke 21 . Semua guru telah
terlibat secara langsung dan program ini telah berjalan dengan lancar .
LDP ini telah diadakan di Dewan Gemilang sehingga pukul 11.00 pagi .
Berikut merupakan gambar sewaktu LDP ini berlangsung .
Untuk makluman semua staff dan juga guru SK Bukit Kenangan , bermula 1
Januari 2015 jika anda ingin menggunakan makmal komputer , sila pastikan
anda mendaftar tampahan makmal terlebih dahulu sebelum menggunakan
makmal . Jika anda tidak mendaftar di website tempahan makmal , anda
tidak dibenarkan menggunakan makmal komputer . Ini adalah satu cara
untuk kita mengguna pakai makmal dengan lebih baik . Terima Kasih